Akta Petunjuk Geografi 2022 · Updated to 16 Mar 2022 · Bahagian XIII · Kecualian
83. Kecualian bagi penggunaan tertentu petunjuk geografi berdaftar
Feedback & supportSeksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan dalam penjalanan perdagangan—
(a)
apa-apa nama yang terkandung dalam suatu petunjuk geografi berdaftar berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan yang nama itu sama dengan terma yang lazim dalam bahasa umum untuk memperihalkan barang atau perkhidmatan itu di Malaysia; atau
Petunjuk Geografi 77
(b)
apa-apa komponen individu yang terkandung dalam petunjuk geografi berdaftar yang komponen individu itu sama dengan terma yang lazim dalam bahasa umum sebagai nama umum apa-apa barang atau perkhidmatan di Malaysia.