Seksyen 84
Kecualian bagi penggunaan terdahulu petunjuk geografi berdaftar dan cap dagangan
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan oleh orang yang layak bagi suatu petunjuk geografi berdaftar yang mengenal pasti apa-apa barang, selain wain dan spirit, berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan jika orang yang layak itu telah, atau dia dan pendulunya dalam hakmilik telah, secara berterusan menggunakan petunjuk geografi itu berhubung dengan barang atau perkhidmatan itu atau barang atau perkhidmatan yang berhubungan dengannya di Malaysia sama ada—
(a)
bagi sekurang-kurangnya sepuluh tahun sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; atau
(b)
dengan suci hati sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan suatu cap dagangan yang sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi berdaftar jika—
(a)
cap dagangan itu ialah cap dagangan berdaftar atau pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia, dan dengan mengambil kira, jika sesuai, apa-apa tuntutan keutamaan berkenaan dengan cap dagangan itu di bawah
Akta Cap Dagangan 2019—
(i)
permohonan untuk pendaftaran cap dagangan itu telah dibuat dengan suci hati; atau
(ii)
cap dagangan itu telah didaftarkan dengan suci hati, di bawah Akta Cap Dagangan 2019 yang berhubungan dengan cap dagangan sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di Malaysia; atau
Undang-Undang Malaysia 78
Akta 836
(b)
dia telah, atau dia dan pendulunya dalam hakmilik telah, secara berterusan menggunakan cap dagangan itu dengan suci hati di Malaysia dalam penjalanan perdagangan, sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di Malaysia.
(3)
Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan oleh seseorang bagi suatu cap dagangan yang sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi berdaftar jika—
(a)
cap dagangan itu ialah, sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi di Malaysia, suatu cap dagangan terkenal di Malaysia; dan
(b)
pemakaian seksyen 77 bagi penggunaan cap dagangan itu boleh mengelirukan pengguna tentang identiti sebenar barang itu yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu.