Skip to content

Seksyen 81

Kecualian bagi penggunaan terdahulu

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 81 of 101
Seksyen 81
(1)

Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan oleh seseorang yang layak bagi suatu petunjuk geografi tertentu bagi suatu negara lain yang mengenal pasti wain atau spirit berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan jika orang yang layak itu telah, atau dia dan pendulunya dalam hakmilik telah, secara berterusan menggunakan petunjuk geografi itu di Malaysia berhubung dengan barang atau perkhidmatan itu atau barang atau perkhidmatan yang berhubung dengannya sama ada—

(a)

bagi sekurang-kurangnya sepuluh tahun sebelum 15 April 1994; atau

(b)

dengan suci hati sebelum 15 April 1994.

Undang-Undang Malaysia 76

Akta 836

(2)

Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan oleh seseorang suatu cap dagangan yang sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi jika—

(a)

permohonan untuk pendaftaran cap dagangan telah dibuat dengan suci hati, atau cap dagangan itu telah didaftarkan dengan suci hati, di bawah

Akta Cap Dagangan 1976; atau

(b)

dia telah, atau dia dan pendulunya dalam hakmilik telah, secara berterusan menggunakan cap dagangan itu dengan suci hati di Malaysia dalam penjalanan perdagangan itu, sama ada sebelum 15 Ogos 2001 atau sebelum petunjuk geografi yang berkenaan dilindungi di negara atau wilayah asalnya.