Probate and Administration Act 1959 · Updated to 1 Jan 1994 · Bahagian II · Pemberian Perwakilan
25. Section 25
Feedback & supportJika sesuatu wasiat telah hilang atau tersalah letak selepas kematian pewasiat, atau jika sesuatu wasiat tidak dapat dikemukakan kerana apa-apa sebab yang mencukupi—
maka sekiranya salinan atau draf wasiat itu dikemukakan, dan didapati bahawa salinan atau draf itu adalah serupa kandungannya dengan wasiat yang asal, probet boleh diberikan bagi salinan atau draf wasiat itu, terhad sehingga wasiat yang asal dimasukkan untuk mendapatkan probet; dan
maka sekiranya tiada salinan atau draf wasiat yang dikemukakan, probet boleh diberikan bagi kandungan wasiat itu, jika ia dapat dibuktikan dengan secukupnya, terhad sebagaimana yang diperihalkan di atas, melainkan jika wasiat itu adalah suatu wasiat istimewa yang tidak bertulis.