Probate and Administration Act 1959 · Updated to 1 Jan 1994 · Bahagian II · Pemberian Perwakilan
21. Section 21
Feedback & supportTiada perwakilan boleh diberikan kepada seseorang orang tak sempurna akal, tetapi jika mana-mana orang sedemikian, yang jika sempurna akalnya, adalah berhak kepada perwakilan, maka surat kuasa pentadbiran dengan atau tanpa wasiat terlampir, tertakluk kepada seksyen 4, boleh diberikan kepada orang yang telah diamanahkan secara sah di sisi undang-undang untuk menjaga harta pusaka orang tak sempurna akal itu, atau kepada mana-Probet dan Pentadbiran mana orang yang difikirkan patut oleh Mahkamah, bagi kegunaan dan faedah orang tak sempurna akal itu, sehingga dia menjadi sempurna akal dan mendapat suatu pemberian perwakilan bagi dirinya sendiri.