Seksyen 20
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Seksyen 20
Tiada perwakilan boleh diberikan kepada seseorang semasa dianya belum dewasa; tetapi jika seseorang orang belum dewasa, jika tidak kerana dia belum dewasa, adalah berhak kepada perwakilan, maka surat kuasa pentadbiran dengan atau tanpa wasiat terlampir, tertakluk kepada seksyen 4, boleh diberikan kepada penjaga diri dan harta orang belum dewasa itu, atau kepada manamana orang yang difikirkan patut oleh Mahkamah, terhad sehingga orang belum dewasa itu sendiri mendapat suatu pemberian perwakilan.
(2)
Jika ada dua orang wasi belum dewasa atau lebih atau dua orang belum dewasa atau lebih yang berhak sedemikian, apa-apa pemberian yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah terhad sehingga seorang atau mana-mana daripada mereka mendapat suatu pemberian perwakilan.