Seksyen 14
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
ActIn forceProvision 14 of 91
Seksyen 14
(1)
Jika perwakilan telah diberikan kepada lebih daripada seorang wasi atau pentadbir, dan seorang daripada mereka mati, maka perwakilan harta pusaka itu hendaklah terakru kepada wasi-wasi menakat atau, kecuali dalam hal-hal yang baginya seksyen 4 terpakai, kepada pentadbir atau pentadbir-pentadbir yang menakat.
(2)
Apabila seseorang wasi atau pentadbir mati, pentadbiran boleh diberikan berkenaan dengan mana-mana harta pusaka yang tidak ditadbirkan dengan sepenuhnya, dan pada memberikan pentadbiran dalam mana-mana hal sedemikian Mahkamah hendaklah berpandukan kaedahkaedah yang sama seperti yang terpakai bagi pemberian-pemberian asal.