Skip to content

Seksyen 42

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 42 of 91

Seksyen 42

(1)

Jika wang dalam Mahkamah adalah diarahkan melalui sesuatu perintah supaya dibayar, dipindahkan atau diserahkan kepada mana-mana orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam sesuatu perintah, atau dalam sesuatu perakuan Pendaftar, kecuali kepada seseorang yang disebutkan dalamnya yang menjadi berhak kepada wang itu sebagai pemegang amanah, wasi, atau pentadbir, atau selain daripada atas namanya sendiri, atau untuk kegunaannya sendiri, maka wang itu, atau apa-apa bahagiannya yang pada masa itu masih tak berbayar, tak berpindah atau tak terserah, melainkan jika perintah itu mengarahkan selainnya, apabila terbukti kematian orang itu, sama ada pada atau selepas atau, dalam hal pembayaran yang diarahkan supaya dibayar kepada seorang pemiutang yang sebenar, sebelum tarikh perintah itu, boleh dibayar, dipindahkan atau diserahkan kepada wakil-wakil diri orang sudah mati itu, atau kepada penakat-penakat atau penakat mereka.

(2)

Jika tiada pentadbiran diambil bagi harta pusaka orang sudah mati yang mati tak berwasiat, dan yang asetnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, termasuklah amaun wang yang diarahkan supaya dibayar, dipindahkan atau diserahkan sedemikian kepadanya, maka wang itu boleh dibayar, dipindahkan atau diserahkan kepada orang yang, sebagai duda, balu, anak, bapa, ibu, adik-beradik lelaki atau perempuan si mati, adalah berhak mengambil pentadbiran bagi harta pusakanya apabila suatu akuan dibuat oleh orang itu dalam borang yang ditetapkan.