Skip to content

Seksyen 44

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 44 of 91

Seksyen 44

(1)

Mahkamah hendaklah membenarkan diberi kepada wasi-wasi atau pentadbir-pentadbir perbelanjaan perwasiatan dan perbelanjaan lain yang munasabah yang dilakukan oleh mereka, dan juga perbelanjaan pengurusan mayat yang patut dan segala perbelanjaan yang munasabah bagi upacara keagamaan berikutnya yang sesuai dengan taraf hidup si mati.

(2)

Pendaftar boleh semasa mengambil akaun-akaun pentadbiran wasi-wasi atau pentadbir-pentadbir menjalankan kuasa yang diberikan kepada Mahkamah oleh subseksyen (1).