Seksyen 43
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
ActIn forceProvision 43 of 91
Seksyen 43
(1)
Mahkamah boleh menurut budi bicaranya sendiri membenarkan diberi kepada wasi atau pentadbir komisen yang tidak melebihi lima peratus nilai aset yang dipungut oleh mereka, tetapi pada membenarkan diberi atau tak membenarkan diberi komisen itu Mahkamah hendaklah berpandukan kepada persetujuannya atau selainnya dengan cara mereka menjalankan pentadbiran harta pusaka itu.
(2)
Pendaftar boleh semasa mengambil akaun-akaun pentadbiran wasi-wasi atau pentadbir-pentadbir menjalankan kuasa yang diberikan kepada Mahkamah oleh subseksyen (1).