Skip to content

Seksyen 46

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 46 of 91

Seksyen 46

(1)

Jika harta seseorang orang sudah mati ditadbirkan oleh Pegawai Pentadbir Pusaka di bawah Akta ini, tiada komisen boleh dibenarkan untuk diberi di bawah seksyen 43, tetapi apa-apa fee, sama ada secara peratusan atau selainnya, yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri, hendaklah dikenakan berkenaan dengan tugas-tugas Pegawai Pentadbir Pusaka.

(2)

Fee yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan oleh Pegawai Pentadbir Pusaka berkenaan dengan pentadbir harta itu, dan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(3)

Peraturan-peraturan di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan yang peratusan tersebut hendaklah dikira berdasarkan nilai kasar apa-apa harta, tanpa apa-apa potongan dibuat bagi amaun atau nilai apa-apa gadaian atau bebanan lain yang mengenainya harta itu mungkin tertakluk atau bagi apa-apa hutang yang kena dibayar oleh si mati, atau berdasarkan nilai bersih harta itu.

(4)

Pegawai Pentadbir Pusaka hendaklah mempunyai lien ke atas harta yang ditadbirkan olehnya bagi amaun perbelanjaan dan fee itu.