Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian III · Sijil Amalan

30. Kehilangan kelayakan untuk mendapat sijil amalan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh memohon suatu sijil amalan—

(a)

melainkan jika dia menjalankan amalan atau bercadang untuk menjalankan amalan sama ada bagi pihaknya sendiri atau secara perkongsian di Malaysia; atau

(b)

melainkan jika dia diguna khidmat atau akan diguna khidmat sepenuh masa dalam menjalankan amalannya di

Malaysia oleh peguam bela dan peguam cara atau firma peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan di

Malaysia; atau

(c)

jika dia diguna khidmat secara berkeuntungan oleh mana-mana orang, firma atau badan lain atas sifat selain seorang peguam bela dan peguam cara.

(2)

Bagi maksud seksyen ini seseorang berkelayakan tidak boleh ditafsirkan sebagai diguna khidmat secara berkeuntungan jika dia berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

(3)

Mana-mana orang berkelayakan yang diguna khidmat secara berkeuntungan mengikut perenggan (1)(c) hendaklah menyerahkan balik sijil amalannya kepada Pendaftar.

Report

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules