Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian III · Sijil Amalan
31. Daftar Pengamal
Feedback & supportApabila dikeluarkan tiap-tiap sijil amalan, Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya dicatatkan dalam daftar tahunan yang
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
dinamakan Daftar Pengamal, butir-butir yang terkandung dalam akuan yang diserahkan di bawah perenggan 29(1)(a) dan mana-mana orang boleh memeriksa Daftar Pengamal itu pada waktu pejabat tanpa bayaran.
Jika ada apa-apa perubahan mengenai mana-mana peguam bela dan peguam cara tentang butir-butir yang disebut dalam subseksyen (1) peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dalam masa satu bulan kemudiannya memberitahu Pendaftar dan Majlis
Peguam, dan Pendaftar hendaklah dengan itu menyebabkan supaya catatan berkenaan dengan peguam bela dan peguam cara itu dibuat dalam Daftar Pengamal.