Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian III · Sijil Amalan

32. Pengeluaran Sijil Tahunan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 33 dan 34, Majlis

Peguam hendaklah pada bila-bila masa selepas bulan Jun dalam tahun yang terdahulu mengeluarkan Sijil Tahunan kepada seorang peguam bela dan peguam cara dalam masa dua puluh satu hari selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (2) jika—

(a)

Majlis Peguam berpuas hati bahawa permohonan itu mematuhi subseksyen itu dan apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini;

(b)

Majlis Peguam berpuas hati bahawa pemohon tidak dilarang daripada memegang suatu sijil amalan di bawah seksyen 30;

(c)

peguam bela dan peguam cara itu telah menyerahkan atau dikecualikan daripada menyerahkan suatu laporan akauntan mengikut seksyen 79;

(d)

peguam bela dan peguam cara itu tidak berhutang berkenaan dengan apa-apa caruman kepada Kumpulan Wang Pampasan, atau berkenaan dengan apa-apa yuran atau levi yang kena dibayar secara sah kepada Majlis Peguam atau Jawatankuasa

Peguam Negerinya di bawah Akta ini; dan

Profesion Undang-Undang 45

(e)

peguam bela dan peguam cara itu bercadang untuk menjalankan amalan di bawah sesuatu nama yang diluluskan.

(2)

Permohonan oleh seorang peguam bela dan peguam cara untuk suatu Sijil Tahunan hendaklah dibuat dalam borang sebagaimana yang ditetapkan oleh dan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini dan hendaklah disertai dengan sijil yang berkenaan yang menunjukkan bahawa perenggan (1)(d) telah dipatuhi.

(3)

Prosiding tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana peguam bela dan peguam cara jika dalam, atau berhubung dengan, suatu permohonan di bawah seksyen ini dia membuat suatu pernyataan palsu yang material kepada permohonan itu.

(4)

Tertakluk kepada Akta ini, Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia pengeluaran Sijil Tahunan.

(5)

Apa-apa kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawah seksyen ini hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Peguam.

Report

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules