Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian III · Sijil Amalan
34. Pemohon hendaklah memohon kepada Mahkamah
Feedback & support(1)
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang dikehendaki membuat suatu permohonan di bawah seksyen ini atau mana-mana peguam bela dan peguam cara yang tidak berpuas hati dengan keengganan, kecuaian atau kelewatan dalam mengeluarkan kepadanya suatu Sijil Tahunan boleh memohon kepada seorang Hakim melalui saman pemula untuk mendapatkan suatu perintah mengarahkan Majlis
Peguam mengeluarkan suatu Sijil Tahunan kepadanya.
(2)
Hakim yang mendengar sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh membuat suatu perintah supaya kos dibayar oleh atau kepada sama ada Majlis Peguam atau pemohon sebagaimana yang difikirkannya patut dan munasabah.