Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib
25. Ruang lingkup dan jenis penggunaan bagi maksud bukan perdagangan awam
Feedback & supportPemberian kuasa untuk melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur terlindung di bawah seksyen 24—
hendaklah tidak eksklusif dan tidak boleh diserahhakkan, kedua-duanya;
hendaklah terhad kepada maksud bukan perdagangan awam yang baginya pemberian kuasa di bawah seksyen 24
diberikan;
hendaklah tertakluk kepada terma pemberian kuasa yang diberikan di bawah seksyen 24;
tidak membenarkan penjualan reka bentuk susun atur terlindung itu, salinan reka bentuk susun atur terlindung itu atau litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu (sama ada atau tidak litar bersepadu itu terkandung dalam barang yang lain)
kepada orang awam; dan
hendaklah terhad kepada pelakuan perbuatan itu terutamanya di Malaysia.
Sesuatu perbuatan yang dilakukan di bawah seksyen 24
berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur terlindung tidak boleh diambil kira dalam menghitung tempoh perlindungan reka bentuk susun atur yang disebut dalam seksyen 8.