Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib
24. Penggunaan bagi maksud bukan perdagangan awam
Feedback & supportSesuatu perbuatan yang dilakukan oleh Kerajaan, atau oleh seseorang yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri, berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur terlindung tidaklah menjadi pelanggaran hak seseorang pemegang hak mengenai reka bentuk susun atur terlindung itu jika—
perbuatan itu dilakukan untuk maksud bukan perdagangan awam; dan
perbuatan itu diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri.
Sesuatu pemberian kuasa yang disebut dalam subseksyen
boleh diberikan sebelum atau selepas perbuatan yang berkenaan dengannya pemberian kuasa itu diberikan dilakukan.
Seseorang pemegang hak yang terkilan dengan keputusan
Menteri di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Mahkamah
Tinggi.
Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 25
Keputusan Mahkamah Tinggi atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen (3) hendaklah muktamad.