Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib
27. Pemegang hak berhak menerima saraan untuk penggunaan bagi maksud bukan perdagangan awam
Feedback & supportJika sesuatu perbuatan dilakukan di bawah seksyen 24
berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur terlindung, Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah membayar kepada pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung itu apa-apa saraan—
yang dipersetujui antara Kerajaan atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pemegang hak itu;
yang ditentukan melalui kaedah yang dipersetujui antara
Kerajaan atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pemegang hak itu; atau
jika tidak ada persetujuan, yang ditentukan oleh Mahkamah
Tinggi atas permohonan sama ada Kerajaan atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau pemegang hak itu.
Jika saraan yang disebut dalam subseksyen (1) ditentukan oleh Mahkamah Tinggi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan (1)(c), saraan yang kena dibayar hendaklah suatu saraan yang mencukupi mengikut hal keadaan kes, dengan mengambil kira nilai ekonomi pemberian kuasa di bawah seksyen 24.
Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 27