Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian V · Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib

26. Kewajipan untuk memberitahu pemegang hak mengenai penggunaan bagi maksud bukan perdagangan awam

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu perbuatan dilakukan di bawah seksyen 24

berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur terlindung, Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—

(a)

jika perbuatan itu telah dilakukan dalam keadaan darurat negara atau hal keadaan lain yang memerlukan tindakan

26

Undang-Undang Malaysia segera yang amat sangat, dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, memberitahu pemegang hak bahawa perbuatan itu telah dilakukan; atau

(b)

dalam mana-mana hal lain, memberitahu pemegang hak dengan segera bahawa perbuatan itu telah dilakukan.

(2)

Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh

Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi pemegang hak apa-apa maklumat mengenai pelakuan perbuatan itu yang dikehendaki oleh pemegang hak itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) atau (2) boleh menghendaki Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya memberitahu pemegang hak atau supaya menzahirkan maklumat kepada pemegang hak jika penzahiran sedemikian akan atau dengan semunasabahnya dijangkakan mungkin menjejaskan pertahanan atau keselamatan Malaysia.

Report