Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib
29. Ruang lingkup dan jenis lesen wajib
Feedback & support(1)
Lesen wajib yang diberikan di bawah seksyen 28 hendaklah—
(a)
tidak eksklusif dan tidak boleh diserahhakkan, kedua-duanya; dan
(b)
tertakluk kepada pembayaran kepada pemegang hak saraan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 28(3).
(2)
Sesuatu perbuatan yang dilakukan di bawah suatu lesen wajib yang diberikan di bawah seksyen 28 berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur terlindung tidak boleh diambil kira dalam menghitung tempoh perlindungan reka bentuk susun atur yang disebut dalam seksyen 8.