Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib
28. Lesen wajib
Feedback & supportSeseorang yang menuntut bahawa orang itu memerlukan lesen untuk melakukan mana-mana perbuatan yang disebut dalam seksyen 9 berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur terlindung boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya diberi suatu lesen wajib atas mana-mana alasan yang berikut:
bahawa tidak ada pengeluaran reka bentuk susun atur terlindung itu, apa-apa litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu atau apa-apa barang yang mengandungi litar bersepadu sedemikian di Malaysia tanpa apa-apa sebab yang sah;
bahawa tidak ada pengeluaran reka bentuk susun atur terlindung itu, apa-apa litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu atau apa-apa barang yang mengandungi litar bersepadu sedemikian untuk dijual di Malaysia; atau
bahawa ada pengeluaran reka bentuk susun atur terlindung itu, litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu atau barang yang mengandungi litar bersepadu sedemikian di Malaysia tetapi reka bentuk susun atur terlindung itu, litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu atau barang yang mengandungi litar bersepadu sedemikian yang dikeluarkan dijual pada harga tinggi yang tidak berpatutan atau tidak memenuhi permintaan awam tanpa apa-apa sebab yang sah.
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat selepas pemohon lesen wajib itu telah berusaha untuk memperoleh pemberian kuasa daripada pemegang hak atas terma dan syarat perdagangan yang berpatutan tetapi usaha itu tidak berjaya dalam tempoh masa yang munasabah.
Jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa mana-mana alasan yang disebut dalam subseksyen (1) wujud, Mahkamah Tinggi boleh membuat perintah bagi pemberian lesen wajib mengikut permohonan itu atas apa-apa terma yang didapati patut oleh
Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan dalam perintah itu saraan yang hendaklah dibayar kepada pemegang hak bagi lesen wajib itu sebagaimana yang didapati munasabah oleh Mahkamah
Tinggi.
28
Undang-Undang Malaysia
Bagi maksud subseksyen (4), saraan yang kena dibayar hendaklah suatu saraan yang mencukupi mengikut hal keadaan kes, dengan mengambil kira nilai ekonomi lesen wajib yang diberikan di bawah subseksyen (3).