Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 · Updated to 18 Oct 2022 · Bahagian VII · Pelbagai
42. Obligasi kerahsiaan
Feedback & supportKecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Suruhanjaya—
tiada anggota Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya, perunding atau anggota Pasukan Petugas sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan
tiada orang lain yang dengan apa jua cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 30