Skip to content

Seksyen 39

Laporan tahunan

of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022

ActIn forceProvision 39 of 47
Seksyen 39
(1)

Suruhanjaya hendaklah, tidak lewat daripada mesyuarat kedua Parlimen bagi tahun yang berikutnya, mengemukakan kepada dan membentangkan suatu laporan tahunan di Parlimen mengenai semua aktivitinya dalam tahun yang dimaksudkan dalam laporan itu.

(2)

Laporan itu hendaklah mengandungi suatu senarai semua perkara yang dirujukkan kepada Suruhanjaya dan tindakan yang diambil berkenaan dengan perkara itu.

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 29

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948