Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 · Updated to 18 Oct 2022 · Bahagian VII · Pelbagai
47. Peruntukan peralihan
Feedback & supportPerkara yang berikut hendaklah, setakat yang perkara itu berkaitan dengan salah laku anggota pasukan polis, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti
Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] oleh Suruhanjaya Integriti
Agensi Penguatkuasaan dan hendaklah diselesaikan dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, seolah-olah
Akta ini tidak diluluskan:
apa-apa aduan yang belum selesai di bawah seksyen 23
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009;
apa-apa penyiasatan yang belum selesai di bawah seksyen 25, subseksyen 27(4) dan seksyen 28 Akta Suruhanjaya
Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009;
apa-apa dapatan Jawatankuasa Aduan dan dapatan
Suruhanjaya yang belum selesai di bawah seksyen 26 dan 30
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
masing-masing; dan
apa-apa pendengaran yang belum selesai di bawah seksyen 34
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.