Seksyen 44
Perlindungan orang yang membantu Suruhanjaya
of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022
Jika didapati oleh Suruhanjaya bahawa, kerana seseorang itu sedang membantu Suruhanjaya, keselamatan orang atau orang lain boleh jadi terjejas atau orang itu atau orang lain boleh ditakut-takutkan atau diganggu, Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pihak berkuasa berkaitan sebagaimana yang perlu—
(a)
untuk melindungi keselamatan mana-mana orang sedemikian;
atau
(b)
untuk melindungi mana-mana orang sedemikian daripada ditakut-takutkan atau diganggu.
(2)
Dalam seksyen ini, sebutan tentang seseorang yang sedang membantu Suruhanjaya adalah sebutan tentang seseorang yang—
(a)
telah hadir, sedang hadir atau yang akan hadir di hadapan
Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain; atau
(b)
telah membantu, sedang membantu atau yang akan membantu Suruhanjaya dengan cara lain.
Pasukan polis hendaklah membantu Suruhanjaya