Skip to content

Seksyen 46

Peraturan-peraturan

of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022

ActIn forceProvision 46 of 47
Seksyen 46
(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan tatacara mengenai rujukan kejadian yang berhubungan dengan jenayah seksual, cedera parah dan kematian di bawah seksyen 26.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa tindakan yang berlawanan dengan peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.