Seksyen 123
Pejabat berdaftar syarikat Labuan asing
Tiap-tiap syarikat Labuan asing hendaklah, pada bila-bila masa, mempunyai pejabat berdaftarnya di Labuan, dan pejabat itu hendaklah pejabat utama suatu syarikat amanah Labuan.
(2)
Notis dalam borang yang ditetapkan mengenai tempat letak pejabat berdaftar dan apa-apa pertukaran tempat itu hendaklah diserahkan kepada Lembaga dalam masa satu bulan selepas tarikh
Syarikat Labuan 155
pendaftaran syarikat Labuan asing itu atau dalam masa satu bulan daripada pertukaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat
Labuan asing itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta itu.
Penalti: *Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.