Skip to content

Seksyen 122

Larangan dan sekatan ke atas syarikat Labuan asing

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 146 of 210
Seksyen 122
(1)

Suatu syarikat Labuan asing tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan di Labuan yang suatu syarikat Labuan dilarang menjalankan.

(2)

Menteri boleh, melalui notis secara bertulis, memerintahkan supaya mana-mana syarikat Labuan asing disekatkan daripada menjalankan apa-apa perniagaan di Labuan yang dinyatakan dan boleh, melalui notis secara bertulis, mengenakan syarat ke atas apa-apa perniagaan dinyatakan yang boleh dijalankan oleh suatu syarikat

Labuan asing di Labuan.