Skip to content

Seksyen 128

Nama syarikat Labuan asing

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 152 of 210
Seksyen 128
(1)

Kecuali dengan persetujuan Menteri, suatu syarikat Labuan asing tidak boleh didaftarkan dengan nama yang pada pendapat

Lembaga nama yang tidak diingini atau nama atau termasuk suatu nama yang daripada jenis yang Lembaga selainnya enggan untuk menerima bagi pendaftaran.

(2)

Jika suatu syarikat Labuan telah didaftarkan, sama ada secara tersilap atau selainnya, dengan suatu nama yang dengannya ia tidak patut didaftarkan, Lembaga boleh, selepas memberi notis tiga puluh hari kepada syarikat Labuan asing itu, menghendaki syarikat itu menukar namanya, memotong syarikat itu daripada daftar apabila syarikat itu ingkar mematuhi kehendak Lembaga.

(3)

Tiada syarikat Labuan asing boleh, berkenaan dengan tindakan yang telah dibuat atau akan dibuat di Labuan, menggunakan di

Labuan atau di tempat lain, apa-apa nama selain daripada nama yang dengannya syarikat itu telah didaftarkan di bawah Bahagian ini dan tiap-tiap syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu

160

Undang-Undang Malaysia yang dengan disedarinya memberi kuasa atau membenarkan keingkaran itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.