Skip to content

Seksyen 129

Penyata oleh syarikat Labuan asing

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 153 of 210
Seksyen 129
(1)

Suatu syarikat Labuan asing hendaklah membuat suatu penyata tahunan yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan dan penyata tahunan itu hendaklah disertai dengan apa-apa salinan dokumen sebagaimana dikehendaki dimasukkan dalam penyata itu, dan syarikat itu hendaklah menyerahkan penyata itu kepada Lembaga sekali dalam setiap tahun kalendar tidak lewat daripada tiga puluh hari sebelum ulang tahun tarikh pendaftaran syarikat itu.

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan —

(a)

untuk menetapkan daftar dan penyata yang hendaklah disimpan dan dibuat oleh sesuatu syarikat Labuan asing dan menetapkan masa daftar dan penyata itu mesti disimpan dan dibuat; dan

(b)

untuk menetapkan fi dan caj yang hendaklah dibayar bagi penyerahan apa-apa penyata tahunan.

Pemakaian Bahagian ini kepada syarikat asing tertentu yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016