Skip to content

Seksyen 130P

Kelulusan Lembaga

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 169 of 210
Seksyen 130P
(1)

Sesuatu syarikat Labuan tidak boleh diperbadankan sebagai, atau beroperasi sebagai, atau ditukar menjadi, suatu syarikat sel terlindung Labuan, kecuali mengikut terma dan syarat kelulusan bertulis Lembaga, yang boleh menetapkan kelas atau perihalan syarikat yang boleh menjadi syarikat sel terlindung Labuan.

(2)

Lembaga boleh pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut —

(a)

mengubah atau membatalkan apa-apa terma atau syarat yang tertakluk padanya kelulusan di bawah subseksyen (1) diberikan; dan

(b)

mengenakan apa-apa terma atau syarat baharu kepada mana-mana kelulusan sedemikian.

(3)

Suatu permohonan untuk kelulusan Lembaga sebagaimana yang dikehendaki dalam subseksyen (1) hendaklah —

164

Undang-Undang Malaysia

(a)

dibuat dalam apa-apa bentuk dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat, yang ditentusahkan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga; dan

(b)

disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(4)

Lembaga boleh menghendaki seseorang pemohon di bawah subseksyen (3) untuk memberinya apa-apa dokumentasi dan maklumat lain yang difikirkannya perlu untuk menentukan permohonan itu.

Pemerbadanan, atau pertukaran menjadi, syarikat sel terlindung