Skip to content
In forceUpdated to 10 Jun 2022Read it in English

Bahagian VIII · Syarikat Labuan Asing

130T. Syer sel dan modal syer sel

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat sel terlindung Labuan boleh, berkenaan dengan mana-mana selnya, mewujudkan dan menerbitkan syer sel dan modal sel yang hendaklah terkandung dalam aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel yang berkenaan dengannya syer itu diterbitkan.

(1A)

Jika suatu syarikat sel terlindung Labuan membuat apa-apa pengumpukan syer selnya, syarikat sel terlindung Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, menyerahkan kepada

Lembaga maklumat mengenai pengumpukan itu.

(2)

Hasil penerbitan syer itu selain syer sel yang diwujudkan dan diterbitkan oleh sesuatu syarikat sel terlindung Labuan hendaklah terkandung dalam aset am syarikat sel terlindung Labuan.

(3)

Dividen sel boleh dibayar oleh sesuatu syarikat sel terlindung

Labuan berkenaan dengan syer sel dengan merujuk hanya kepada aset sel dan liabiliti yang boleh dikaitkan dengan sel itu yang berkenaan dengannya syer sel itu telah diterbitkan.

(4)

Dalam menentukan dividen sel, tidaklah perlu diambil kira —

(a)

keuntungan dan kerugian, atau aset dan liabiliti, yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sel lain syarikat sel terlindung

Labuan itu; atau

(b)

keuntungan dan kerugian yang bukan dari sel, atau aset dan liabiliti, syarikat sel terlindung Labuan itu.

(5)

Sesuatu syarikat sel terlindung

Labuan hendaklah menyediakan perakuan hakmilik mengenai syer sel, berkenaan dengan mana-mana syer sel baharu yang diterbitkan olehnya, dipindahkan kepadanya atau didaftarkan olehnya atau yang hendak digantikan olehnya akibat daripada kehilangannya, kecurian atau kerosakannya, dan setiap perakuan itu mesti menyatakan —

(a)

sel yang dengannya syer sel itu berkaitan;

168

Undang-Undang Malaysia

(b)

bilangan syer sel, yang hakmiliknya dibuktikan oleh perakuan itu;

(c)

jika syarikat sel terlindung Labuan mempunyai lebih daripada satu kelas syer sel, kelas syer sel itu, yang hak miliknya dibuktikan dengan perakuan itu; dan

(d)

nama pemegangnya.

Report

Bahagian IX

Penerimaan dan Penggulungan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian IV

Bahagian IV (setakat yang berhubung dengan syarikat

Schedules