Seksyen 130R
Labuan
Nama syarikat sel terlindung Labuan hendaklah, tanpa menjejaskan peruntukan seksyen 21 Akta ini, termasuk ungkapan
“Syarikat Sel Terlindung” atau “SST”.
Syarikat Labuan 165
(2)
Setiap sel suatu syarikat sel terlindung Labuan hendaklah mempunyai nama atau gelarannya sendiri yang berbeza.
(3)
Memorandum atau perkara sesuatu syarikat sel terlindung
Labuan hendaklah menyatakan bahawa ia suatu syarikat sel terlindung Labuan.
(4)
Suatu syarikat sel terlindung Labuan boleh, untuk mematuhi subseksyen (3), mengubah memorandum atau perkara melalui ketetapan khas, dan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pengubahan memorandum atau perkara hendaklah terpakai.
(5)
Melainkan jika dan sehingga suatu syarikat sel terlindung
Labuan mematuhi peruntukan seksyen ini, ia tidak boleh disifatkan sebagai suatu syarikat sel terlindung Labuan bagi maksud Bahagian ini.