Skip to content

Seksyen 130U

Daftar pemegang syer

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 174 of 210
Seksyen 130U
(1)

Tertakluk pada seksyen 105, tiap-tiap syarikat sel terlindung Labuan hendaklah menyimpan indeks nama pemegang-pemegang syernya, yang hendaklah —

(a)

mengandungi, berhubung dengan setiap pemegang syer, petunjuk yang mencukupi untuk membolehkan akaun pemegang syer itu mudah didapati;

(b)

menyatakan sel atau sel-sel tertentu yang dengannya akaun atau akaun-akaun pemegang syer itu berkaitan;

(c)

mudah dicari dengan merujuk kepada akaun pemegang syer atau dengan merujuk kepada sel;

(d)

disimpan pada setiap masa di tempat yang sama dengan daftar pemegang syer; dan

(e)

diubah apabila apa-apa perubahan dibuat kepada daftar pemegang syer.

(2)

Peruntukan seksyen 106 berkenaan dengan pemeriksaan daftar pemegang syer hendaklah terpakai bagi Bahagian ini.