Skip to content
In forceUpdated to 10 Jun 2022Read it in English

Bahagian IV · Syer, Debentur dan Gadaian

68. Section 68

Feedback & support
(1)

Jika suatu surat ikatan membuat peruntukan bagi pelantikan pemegang amanah bagi, atau seorang wakil bagi, pemegang kepentingan yang diterbitkan atau dicadangkan diterbitkan oleh sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing, Lembaga boleh, tertakluk pada seksyen ini, memberikan kelulusannya kepada surat ikatan itu.

(2)

Lembaga tidak boleh memberi kelulusannya bagi sesuatu surat ikatan melainkan jika surat ikatan itu —

(a)

memperuntukkan bahawa tiada bahagian kepentingan yang dimaksudkan oleh surat ikatan itu boleh ditawarkan kepada pemastautin Malaysia;

(b)

mematuhi kehendak Penggal ini; dan

(c)

membuat peruntukan bagi apa-apa perkara dan benda lain yang dikehendaki oleh atau di bawah peraturan-peraturan supaya dimasukkan dalam surat ikatan itu, dan jika peraturan-peraturan telah dibuat menetapkan caj yang boleh dikenakan oleh sesuatu syarikat pengurusan, melainkan jika surat ikatan itu memperuntukkan—

Syarikat Labuan 85

(i)

bahawa caj yang hendak dikenakan oleh syarikat pengurusan itu tidak melebihi apa-apa peratusan atau amaun yang ditetapkan; dan

(ii)

bahawa harga yang baginya kepentingan yang dimaksudkan oleh surat ikatan itu hendak dijual atau dibeli oleh syarikat pengurusan itu adalah konsisten dengan peraturan-peraturan yang berhubung dengan harga itu.

Report

Penggal 6

Penggal 7

Bahagian V

Pengurusan dan Pentadbiran

Bahagian VI

Akaun dan Audit

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Labuan Asing

Bahagian IX

Penerimaan dan Penggulungan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian IV

Bahagian IV (setakat yang berhubung dengan syarikat

Schedules