Skip to content

Seksyen 70

Pernyataan hendaklah dikeluarkan

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 77 of 210
Seksyen 70
(1)

Sebelum sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau ejen sesuatu syarikat sedemikian menerbitkan atau menawarkan kepada awam untuk dipohon beli atau dibeli, atau mempelawa orang ramai memohon beli atau membeli, apa-apa kepentingan, syarikat itu hendaklah mengeluarkan, atau menyebabkan dikeluarkan, suatu pernyataan bertulis berkaitan dengannya, yang mana pernyataan itu hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai suatu prospektus yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat, dan kesemua peruntukan Akta ini dan rukun undang-undang yang berhubung dengan prospektus atau dengan tawaran atau

86

Undang-Undang Malaysia cadangan tawaran kepada awam akan syer untuk dipohon beli atau dibeli hendaklah, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, terpakai dan mempunyai kuat kuasa sewajarnya seolah-olah kepentingan itu adalah syer yang ditawarkan atau dicadang hendak ditawarkan kepada awam untuk dipohon beli atau dibeli, dan seolah-olah orang yang menerima apa-apa tawaran atau pelawaan berkenaan dengan atau yang memohon beli atau membeli apa-apa kepentingan sedemikian pemohon beli syer.

(2)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan, syarikat Labuan asing atau ejen kepada syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Tiga juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.