Skip to content

Seksyen 69

Kepentingan hendaklah diterbitkan oleh syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing sahaja

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 76 of 210
Seksyen 69
(1)

Tiada seorang pun, kecuali suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau ejen sesuatu syarikat sedemikian yang diberi kuasa bagi maksud itu di bawah meterai syarikat itu, boleh menerbitkan atau menawarkan kepada awam untuk dipohon beli atau dibeli, atau boleh mempelawa orang ramai memohon beli atau membeli, apa-apa kepentingan.

(2)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Tiga juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.