Skip to content

Seksyen 77

Menomborkan syer

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 84 of 210
Seksyen 77
(1)

Setiap syer dalam sesuatu syarikat Labuan hendaklah dikenali dengan nombornya tersendiri.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

jika pada bila-bila masa kesemua syer terbitan dalam sesuatu syarikat Labuan, atau kesemua syer terbitan daripada sesuatu kelas tertentu dalam syarikat itu, telah berbayar penuh dan berperingkat pari passu bagi segala maksud, tiada mana-mana syer tersebut perlu selepas itu mempunyai suatu nombor pengenalan selagi ia masih berbayar penuh dan berperingkat pari passu bagi segala maksud dengan semua syer yang sama kelasnya yang pada masa ini diterbitkan dan berbayar penuh; atau

(b)

jika kesemua syer terbitan dalam sesuatu syarikat Labuan terbukti dengan perakuan mengikut seksyen 78 dan setiap perakuan itu dikenali dengan nombornya yang tersendiri dan

Syarikat Labuan 91

nombor itu direkodkan dalam daftar anggota, tiada mana-mana syer itu perlu mempunyai suatu nombor pengenalan.