Skip to content

Seksyen 80

Surat cara pemindahan, dan pemindahan oleh wakil diri

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 87 of 210
Seksyen 80
(1)

Sesuatu syarikat Labuan tidak boleh mendaftarkan sesuatu pemindahan syer atau debentur melainkan jika suatu surat cara pemindahan yang sempurna telah dihantar serah kepada syarikat itu, tetapi subseksyen ini tidaklah menjejaskan apa-apa kuasa untuk mendaftarkan sebagai seorang pemegang syer atau pemegang debentur mana-mana orang yang kepadanya hak terhadap mana-mana syer dalam, atau debentur bagi, syarikat itu telah berpindah dengan kuat kuasa undang-undang.

(1A)

Suatu syarikat Labuan hendaklah dalam masa tiga puluh hari memberitahu Lembaga dalam borang yang ditetapkan mengenai apa-apa pemindahan syer atau debentur atau apa-apa perubahan maklumat yang diserahkan di bawah subseksyen (1).

(2)

Sesuatu pemindahan syer, debentur atau kepentingan lain si mati yang dibuat oleh wakil dirinya hendaklah, walaupun wakil diri itu sendiri bukannya anggota syarikat itu, sama sahnya seolah-olah dia telah menjadi anggota sedemikian pada masa penyempurnaan surat cara pemindahan itu.

(3)

Pengemukaan kepada sesuatu syarikat Labuan apa-apa dokumen yang menurut undang-undang keterangan yang mencukupi bahwa probet wasiat, atau surat kuasa mentadbir harta pusaka si mati telah diberikan kepada seseorang, hendaklah diterima oleh syarikat itu, walau apa pun apa-apa jua dalam perkaranya, sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemberian itu.

(4)

Dalam seksyen ini “surat cara pemindahan” termasuklah suatu permohonan bertulis bagi memindahkan syer, debentur atau kepentingan lain kepada seorang wakil diri.

Syarikat Labuan 93