Seksyen 78
Perakuan hendaklah menjadi keterangan mengenai hak milik
Sesuatu perakuan, di bawah meterai suatu syarikat Labuan atau mana-mana cawangannya, yang menyatakan apa-apa syer yang dipegang oleh seseorang anggota hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai hakmiliknya terhadap syer itu.
(2)
Tiap-tiap perakuan syer hendaklah di bawah meterai syarikat
Labuan itu atau cawangannya dan hendaklah menyatakan —
(a)
nama syarikat itu dan kuasa yang di bawahnya syarikat itu ditubuhkan;
(b)
alamat pejabat berdaftar syarikat itu di Labuan atau, jika perakuan itu dikeluarkan oleh suatu cawangan syarikat itu, alamat cawangan itu;
(c)
bagi suatu syarikat Labuan asing, nilai nominal dan takat yang syer itu telah berbayar; dan
(d)
kelas syer.
(3)
Kegagalan mematuhi seksyen ini tidak boleh menyentuh hak mana-mana pemegang syer.
(4)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat
Labuan itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.