Seksyen 81
Kewajipan syarikat Labuan mengenai pengeluaran perakuan
Tiap-tiap syarikat Labuan hendaklah, dalam masa dua bulan selepas pengumpukan mana-mana syer atau debenturnya, dan dalam masa satu bulan selepas tarikh yang sesuatu pemindahan (selain pemindahan yang syarikat itu, kerana apa-apa sebab, berhak menolak untuk didaftarkan dan tidak mendaftarkan) mana-mana syer atau debenturnya diserahkan kepada syarikat itu, melengkapkan dan menyediakan untuk dihantarserahkan kesemua perakuan dan debentur berkenaan yang berkaitan dengan pengumpukan atau pemindahan itu, melainkan jika syarat penerbitan syer atau debentur itu memperuntukkan selainnya.
(2)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat
Labuan itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.
(3)
Jika sesuatu syarikat Labuan yang telah disampaikan notis menghendakinya memperbaiki apa-apa keingkaran pada mematuhi peruntukan seksyen ini tidak memperbaiki keingkaran itu dalam masa dua puluh satu hari selepas notis itu disampaikan, Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak dihantarserahkan perakuan bagi syer atau debentur itu, mengarahkan syarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat itu supaya memperbaiki keingkaran itu dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, dan arahan itu boleh memperuntukkan bahawa segala kos dan perbelanjaan bagi dan yang bersampingan dengan permohonan itu hendaklah ditanggung oleh syarikat itu dan oleh mana-mana pegawai syarikat itu yang ingkar mengikut apa-apa kadar yang difikirkan patut oleh Mahkamah.