Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian XIV
105. Kuasa penangkapan
Feedback & supportMana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayainya telah melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
WJW21/0262 Akta 645.indd 67 1/29/21 7:26 AM
68
Undang-Undang Malaysia
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.
Menghalang penggeledahan, dsb.