Skip to content

Seksyen 106

Mana-mana orang yang—

of Akta Warisan Kebangsaan 2005

ActIn forceProvision 106 of 126
Seksyen 106

(a)

mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai penguat kuasa dalam melaksanakan apa-apa kemasukan yang berhak dilaksanakan olehnya di bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

(b)

tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada seseorang pegawai penguat kuasa yang bertindak melaksanakan tugasnya di bawah seksyen 105, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.