Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian XIV

107. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat siasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai penguat kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2)

Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.

WJW21/0262 Akta 645.indd 68 1/29/21 7:26 AM

Warisan Kebangsaan 69

Report

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Pelbagai

Bahagian XVII

Peruntukan Pemansuhan dan Kecualian