Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian VIII · Objek Warisan

48. Hak keempunyaan objek

Feedback & support
(1)

Mana-mana objek yang dijumpai selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah menjadi harta mutlak Kerajaan

Persekutuan dengan syarat bahawa jika objek itu dijumpai di atas tanah beri hakmilik, pampasan boleh dibayar kepada pemunya tanah itu.

(2)

Seorang penilai warisan yang berwibawa boleh dilantik oleh

Pesuruhjaya untuk memutuskan nilai objek itu bagi maksud menentukan amaun pampasan, dan keputusan penilai warisan yang berwibawa itu adalah muktamad.

(3)

Tiap-tiap objek yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini tidak dipunyai oleh mana-mana orang atau yang kawalannya tidak terletak hak pada mana-mana orang sebagai pemegang amanah atau pengurus, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan

Persekutuan.

(4)

Semua objek yang belum dijumpai sama ada yang terletak di atas atau yang tersembunyi di bawah permukaan tanah atau di dalam mana-mana sungai atau di dalam laut, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan Persekutuan tetapi jika objek tersebut pada tarikh terkemudian didapati dijumpai di atas atau di dalam tanah beri hakmilik peruntukan subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai.

(5)

Dalam mana-mana prosiding undang-undang yang berhubungan dengan tarikh penjumpaan objek mempunyai warisan kebudayaan yang penting, maka hendaklah dianggap sebagai telah dijumpai selepas permulaan tarikh kuat kuasa Akta ini sehingga dibuktikan sebaliknya.

Report

Bahagian IX

Warisan Kebudayaan di Bawah Air

Bahagian X

Warisan Kebangsaan

Bahagian XI

Harta Karun

Bahagian XII

Pelesenan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Pelbagai

Bahagian XVII

Peruntukan Pemansuhan dan Kecualian