Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian VIII · Objek Warisan
57. Notis niat untuk menjual atau memindahmilikkan objek warisan
Feedback & supportPemunya suatu objek warisan yang membuat suatu kontrak untuk menjual atau memindahmilikkan objek warisan itu hendaklah memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis maklumat mengenai kewujudan kontrak itu dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh kontrak itu.