Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian VIII · Objek Warisan

51. Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran

Feedback & support
(1)

Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa suatu objek mempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia hendaklah mendaftarkan objek itu sebagai suatu objek warisan dalam Daftar dan memberi pemohon suatu notis bertulis mengenai keputusan

Pesuruhjaya di bawah seksyen ini.

(2)

Jika permohonan itu melibatkan suatu objek yang melekat pada mana-mana tanah beri hakmilik, persetujuan Pihak Berkuasa

Negeri hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.

(3)

Jika permohonan itu melibatkan warisan kebudayaan tidak ketara yang dalamnya hak cipta wujud, keizinan pemunya hak cipta hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.

(4)

Suatu permohonan bagi pendaftaran yang diluluskan di bawah seksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.

(5)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas kelulusan dalam subseksyen (4), Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta suatu notis bahawa objek itu telah didaftarkan sebagai suatu objek warisan dan mengenai apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang berhubungan dengan objek warisan itu yang pada pendapatnya wajar disiarkan.

(6)

Jika Pesuruhjaya menolak permohonan itu, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu dengan atau tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.

Report

Bahagian IX

Warisan Kebudayaan di Bawah Air

Bahagian X

Warisan Kebangsaan

Bahagian XI

Harta Karun

Bahagian XII

Pelesenan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Pelbagai

Bahagian XVII

Peruntukan Pemansuhan dan Kecualian