Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian VIII · Objek Warisan
58. Pertukaran pemunya objek warisan
Feedback & supportMana-mana orang yang membeli atau memperoleh suatu objek warisan hendaklah, dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh pembelian atau pemerolehan itu, memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai nama, butir-butir dan alamat pembeli atau pemeroleh itu.
WJW21/0262 Akta 645.indd 45 1/29/21 7:25 AM
46
Undang-Undang Malaysia
Apa-apa perubahan kepada maklumat di bawah subseksyen (1) hendaklah diberitahu kepada Pesuruhjaya secara bertulis dalam masa dua puluh lapan hari.
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.