Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019
49. Pemeriksaan orang yang mengetahui kes
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.
Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—
pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan
dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Bahagian VII