Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

56. Perakuan analisis

(1)

Suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seseorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh Pendakwa Raya dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, yang dalam hal itu dia hendaklah

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

memberikan suatu notis bertulis kepada Pendakwa Raya tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.

(2)

Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan sebagai keterangan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules